Wednesday, January 11, 2017

Birthday Wish from a Friend

[Ucap Selamat Buat Seorang Bahiyah]


Selamat Hari yang ke 22 Bahiyah Jazlansanadi. Selamat memasuki tahun baru dalam kalendar Gregory. Dan tahun baru dalam fasa umur hidup kau.

Semoga dengan meningkatnya umur, kualiti hidupmu juga akan turut sama meningkat. Seperti sebuah kesedaran bahawa hari ini perlu lebih baik dari yang semalam. Atau kesedaran bahawa hidup ini sentiasa berjalan. Maka kamu juga harus terus berjalan.

Masa yang berlalu tidak akan pernah kembali Bahiyah. Hal yang terjauh adalah kenangan. Sesuatu yang telah terlukis pada dinding kenangan, akan menjadi sebuah cerita yang hanya mampu kamu selitkan pada poket baju. Menjadi peneman pada waktu sendu, atau pada malam yang syahdu.

Berjalanlah di atas kenangan, jangan tenggelam dalam kisah silam. Mulakan kisah baru yang lebih awesome. Capai kejayaan baru pada masa hadapan. Terus berlari mengejar cita-cita. Sambil sesekali menoleh ke belakang melihat kembali menerusi relung-relung kenangan siapa kamu pada masa lalu, atau dari mana asal-usulmu. Jangan pernah lupa dari mana kita datang.

Selamat Hari Lahir Bahiyah. Semoga kamu yang hari ini, lebih baik dari yang semalam. Jangan pernah pernah membanding-banding dalam hidup kerana amalan membanding-banding inilah yang menjadi punca kepada kekecewaan. Jadi diri sendiri, dan banggalah dengan menjadi diri sendiri asal saja tidak melampaui batas dan syariat.



Syakir Azhari.

No comments:

Post a Comment